Nasehat ketika putus cinta
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan anda, supaya anda dapat menjadi penilai yang baik.
Memang
ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak sama fikirannya
dengan anda, supaya anda sadar bahwa kita hanyalah makhluk yang
senantiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
Memang
ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak memahami keadaan
diri anda, supaya anda dapat kasih sayang yang terbaik, khas untuk diri
anda.
Memang
ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak sempurna, supaya
anda sedar bahawa ALLAH Maha Pemurah dan penyayang, kerana mengingatkan
anda bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk anda dan kehidupan
anda pada masa hadapan.
Memang
ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang sangat lain perangainya
dengan anda supaya anda dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang
berpeluang untuk mengalaminya.
Memang
ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang banyak rungutan itu dan
ini, supaya anda menjadi seorang manusia yang hebat jiwanya.
Memang
ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak penyayang, supaya
anda lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah
s.w.t.
Memang
ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang banyak sombong dan
bangga diri, supaya anda lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya
kekal.
Wahai
sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah
bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun
kita sendiri tidak pasti samaada ia menjadi milik kita.
Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.
Percayalah,
sesungguhnya ALLAH s.w.t. akan mendengar segala permintaan hambaNya
yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNya.
Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu, selagi mana anda taat padaNya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar